top of page

BUFET RAMADAN 2019 DI TAN'YAA HOTEL CYBERJAYA BY SEGI SERI SDN BHD

  • Aii Alyahya
  • Apr 15, 2019
  • 2 min read

Ramadhan is just around the corner. Kurang dari sebulan lagi sebelum kita melangkah ke bulan Ramadan. Baru-baru ini, kami berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Bufet Ramadan 2019 di Tan'yaa Hotel Cyberjaya by Segi Seri SDN BHD. Pada masa yang sama, kami juga menjadi antara orang terawal untuk merasakan kesemua menu-menu yang bakal disajikan pada bulan Ramadan nanti. We are so excited!

Dengan menggunakan slogan kata "Iftar Taste of Malaysian", Tan'yaa Hotel Cyberjaya menyajikan beraneka jenis juadah, dari Utara ke Selatan dan juga citarasa Borneo. Pasti ramai yang akan gembira sampai tersenyum dengan juadah-juadah yang disajikan seperti ayam masak lemak cili api, udang butter, gulai terung, dan banyak lagi, kalau disenaraikan menunya sampai esok pun tak akan habis. Antara juadah yang pasti ramai ternanti-nantikan pada setiap bulan Ramadan dan boleh dikatakan everyone's favourites adalah kambing golek dan juga pelbagai jenis sate yang turut dihidangkan di Tan'yaa Hotel Cyberjaya.


Dari juadah utama, kita beralih ke meja pencuci mulut. Citarasa kemelayuan masih lagi dikekalkan dengan terhidangnya kueh-mueh tradisional melayu yang pasti membangkitkan rasa rindu akan kampung halaman. Semarakan lagi rasa bulan Ramadan dengan bubur station yang menghidangkan beberapa jenis bubur seperti bubur lambuk, bubur kacang, bubur jagung dan bubur pulut hitam. Wow, sedapnya!!! Boleh dikatakan 101 pencuci mulut ada, pasti ramai akan balik dengan wajah yang gembira.

Lokasinya yang strategik terletak di tengah-tengah pusat Cyberjaya dan berhampiran Putrajaya dan Bangi memang tidak jauh untuk ke Tan’yaa Hotel Cyberjaya. Dari jauh dah boleh nampak Tan’yaa Hotel.


Bufet selalunya orang fikir satu pakejnya agak mahal untuk seorang, ada yang sampai beratus-ratus. Tapi di Tan’yaa Hotel Cyberjaya, mereka memberikan harga yang sangat-sangat berbaloi, its below than RM100. Kita bayar kurang dari RM90, kita boleh makan sebanyak mana kita mahu. Harga istimewa juga ada khas untuk kanak-kanak dan warga emas. Kami senaraikan harga di bawah. Cepat-cepat tempah, ada diskaun 30% untuk penempah terawal.



Harga Bufet di Tan’yaa Hotel Cyberjaya

Dewasa RM 89.90 per pax

Kanak-kanak RM 50.00 per pax

Warga emas RM 50.00 per pax


*Diskaun 30% untuk Early Bird.

*Promosi Group/Corporate Booking : Tempah 10 pax ke atas, percuma 1 pax.


Untuk tempahan, sila hubungi Cik Nisa di talian, 011 1025 6130 / 03 8688 8807.




Dikesempatan ini, kami di Majalah Lets ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat Berpuasa.





Sumber gambar dan bahan : Shezz Delton


Comments


RECENT POST
JOIN MY MAILING LIST

Fashion,Beauty & Lifestyle

Aii alyahya

  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Join My Mailing List
  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Instagram @aiihabshee

ALL RIGHTS RESERVED © AII HABSHEE

bottom of page