SIMPULAN KETUPAT DIJADIKAN MOTIF UTAMA UNTUK KOLEKSI TERBARU DARI MATERIALIPSTICK, ALYSON NANO
- Aii Alyahya
- Feb 3, 2019
- 1 min read

Tas tangan masakini menjadi salah satu aksesori yang wajib dalam satu persalinan. Setiap bentuk dan gayanya mampu menterjemahkan personaliti si pemakai aksesori ini. Dengan itu, Materialipstick menutup tahun 2018 lalu dengan hidangan koleksi terbaharu, ALYSON NANO bagi mendefinasikan seorang gadis elegan dan kosmopolitan.


Koleksi ini tampil dengan rekaan yang klasik dan segar bersama perincian simpulan "KETUPAT" besar dibahagian hadapan tas tangan. Kekemasan tas tangan ini dihasilkan dari pilihan material kulit yang tulen dan dilengkapi dengan poket slot dalaman bagi mengisi barangan keperluan si pemakai. Tas tangan ini juga didatangkan bersama tali bahu yang membolehkan para gadis memperagakan secara gaya crossbody. Koleksi ini didatangkan dalam 5 warna menarik iaitu biru, merah jambu, camel, dan kelabu.
Kekemasan dan rekaannya pasti membuatkan ramai yang jatuh hati dengan tas tangan ini. Saya sendiri tertarik dengan rekaan tas tangan ini kerana ia memberikan imej elegen dan moden. Lebih membanggakan kerana ia merupakan jenama tempatan.
Shopping Time!
Don't forget to check their latest collection in their website. (Tekan sini)
Comments