top of page

(REVIEW): SING MOVIE

  • Writer: AII HABSHEE
    AII HABSHEE
  • Dec 8, 2016
  • 2 min read

Foto: Sumber Google

SINOPSIS


Koala yang sentiasa segak, Buster Moon ini menguruskan sebuah pusat teater yang pernah popular suatu ketika dahulu dan sekarang telah jatuh. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sedikit nakal, dia sangat sayangkan teater tersebut dan sanggup melakukan apa sahaja untuk pertahankannya. Bagi menghadapi keruntuhan cita-cita hidupnya, dia mengambil peluang terakhir untuk mengembalikan sinar pusat teater tersebut dengan mengadakan sebuah pertandingan nyanyian yang terbesar di dunia. Dari beratus yang hadir ke sesi uji bakat, lima peserta telah dipilih iaitu tikus, Mike, gajah yang pemalu, Meena, pasangan duet khinzir, Rosita & Gunter, gorila, Johnny dan landak punk-rock, Ash.


PELAKON (SUARA)

1. Matthew McConaughey sebagai Buster Moon.

Foto: Sumber Google

2. Reese Witherspoon sebagai Rosita.

Foto: Sumber Google

3. Scarlett Johansson sebagai Ash.

Foto: Sumber Google

4. Taron Egerton sebagai Johnny.

Foto: Sumber Google

5. Tori Kelly sebagai Meena.

Foto: Sumber Google

6. Nick Kroll sebagai Gunter.

Foto: Sumber Google

7. Seth MacFarlane sebagai Mike.

Foto: Sumber Google

REVIEW

Filem animasi ini boleh dikata the best animation movie of 2016 dan filem animasi terbaik sebagai penutup tahun ini. Aii sudah tengok sedutan filem ini dari pertengahan tahun ini dan Aii sememangnya ternanti-nanti untuk tengok filem animasi, Sing ni. Dari permulaan cerita sampai ke penutup filem ni memang penuh dengan aksi yang lucu,comel, drama dan sedih pun ada tau. Aii mengalir air mata jugalah bila bapa gorilla tu cakap " That's my son." masa persembahan Johnny, sedih babe. Sememangnya aku seorang berhati tisu. Haha. Filem ni sangat adil sebab setiap watak dalam ni ditonjolkan sama rata dan ia menceritakan kisah setiap watak. Kalau pasal lagu pula, sangat best sebab dalam filem ni banyak lagu yang popular meraka nyanyikan, contoh, The Way I Feel (The Zombies), Shake It Off, Call Me Maybe (Taylor Swift), Anaconda (Nicki Minaj), Bad Romance (Lady Gaga), Stay With Me (Sam Smith) dan banyak lagi. Bagi Aii, filem ni harus ditonton dan Aii bagi 5 star sebab Aii memang suka filem Sing ni. Kalau korang setuju dengan Aii pasal filem ni, bagi LOVE sikit di ruang komen bawah.


Foto: Sumber Google

Enjoy Your Movie.

Love you guys, xoxo.

Foto: Sumber Google

Comments


RECENT POST
JOIN MY MAILING LIST

Fashion,Beauty & Lifestyle

Aii alyahya

  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Join My Mailing List
  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Instagram @aiihabshee

ALL RIGHTS RESERVED © AII HABSHEE

bottom of page