NEW YEAR 2018 - RUN AWAY! FENDI DATANG DENGAN KOLEKSI KACA MATA HITAM UNTUK FALL/WINTER 2017/18!
- Aii Alyahya
- Jan 4, 2018
- 1 min read

Setelah setahun tanpa berita dari Majalah Let’s, kini saya kembali dan saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2018 kepada semua pembaca Let’s.

Sebagai pembukaan 2018, saya membentangkan koleksi kaca mata hitam Fall/Winter 2017-2018 dari rumah fesyen, FENDI yang dijudul RUN AWAY rekaan khusus untuk kaum hawa.
Rekaan berbentuk bulat ini diilhamkan dari era 70-an dan diberi nafas baru dalam bentuk kontemporari. Koleksi ini memberikan sentuhan feminine dengan meletakkan grafik simbolik FENDI pada kaca mata hitam ini. Secara terperinci, bulatan kaca mata hitam ini dibesarkan dan diberi kesan lit-up pada bingkai sekaligus memperkenalkan logo baru FENDI, F dalam bulatan. Didatangkan dalam beberapa warna yang bakal membuatkan kaum hawa jatuh cinta dengan koleksi RUN AWAY dan ia pasti melahirkan sisi yang glamor dalam diri kamu pada musim salju ini.
Secara peribadi, saya amat tertarik dengan koleksi ini kerana saya sememangnya peminat kaca mata hitam berbentuk bulat. Keunikan dan reka bentuknya tampak mewah dan stailo. Item fesyen yang harus dimiliki sebagai hidangan pembukaan tahun baru.
I give you RUN AWAY sunglasses for the Fall/Winter 2017-18 Women’s Collection




Commentaires