MY FAVOURITE CLEANSING OIL FROM SHU UEMURA
- AII HABSHEE
- Dec 28, 2016
- 3 min read

Zaman sekarang ni, nak cari produk pencuci muka ni sangant senang sebab sekarang dah banyak jenama produk kecantikan ni tapi nak cari produk yang sesuai dengan kulit muka kita yang susah. betul tak? Sejujurnya, Aii memang tak pakai apa-apa pencuci muka sejak 2009 tapi sebelum tu, Aii pakai produk dari Korea. Masa tu, kulit muka Aii naik jerawat dan lepas jerawat semua hilang, Aii stop using any products. Alhamdulillah, kulit muka Aii tidak bermasalah sangat. Baru-baru ni, kawan Aii suggest produk dari SHU UEMURA. Pada mulanya, Aii memang malas nak cuba sebab dah lama tak pakai pencuci muka tapi sebab nakkan kulit muka yang lagi cantik dan kawan Aii pun pandai yakinkan Aii tentang produk ni, jadi Aii cubalah. Seriously, tak sampai 2 minggu, Aii dah boleh nampak perubahan pada muka Aii, makin cerah dan kulit sangat lembut. Produk ni lain sedikit sebab ia 'Cleansing Oil', jadi cleanse ni jenis minyak dan bukan yang buih-buih cinta tu. Aii akan kongsikan tentang Cleansing Oil ni kali ni, ada 6 jenis produk dengan kelebihan yang berbeza dan Aii tambah sekali cara nak gunakannya.
1. Shu Uemura Ultime8 Sublime Beauty Cleansing Oil

Produk pertama ni juga dikenali sebagai global skin concerns dan dinobatkan ELLE Malaysia Best Beauty 2015. Ia membantu segala kekotoran dan melahirkan kulit muka yang lebih segar. Kulit muka kita juga akan rasa lebih lembut dan dingin.
2. Shu Uemura Anti/Oxi+ Pollutant & Dullness Clarifying Cleasing Oil

Yang ni khusus untuk masalah penuaan tapi ia juga boleh digunakan sebagai make-up remover untuk maskara dan gincu yang kalis air.. Membantu melembapkan kulit muka dan mengurangkan kesan-kesan penuaan serta menampahkan lagi seri muka dan kelihatan lebih muda. Produk ni hasil dari gabungan moringa dan ekstrak teh hijau.
3. Shu Uemura Blanc Chroma Brightening & Polishing Gentle Cleansing Oil

I love this one. Sangat berkesan. Fungsi produk ni, memang untuk mencerahkan dan melembutkan kulit. Korang patut cuba produk ni.
4. Shu Uemura POREfinist Anti-Shine Fresh Cleansing Oil

Minyak pembersih dari ekstrak bunga sakura ni diciptakan khusus untuk jenis kulit berminyak dan kulit muka berjerawat. Ia membantu mengatasi masalah tersebut dan memberikan kesegaran pada wajah korang.
5. Shu Uemura High Performance Balancing Cleansing Oil Advanced Formula

Cleansing oils ni pula sangat bagus untuk membuang make-up kalis air dan kotoran di muka. Sesuai untuk semua jenis kulit muka dan juga khusus untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering. Tambahan rosemary pula yang meninggalkan kulit muka kita berasa segar dan bertenaga.
6. Shu Uemura Cleansing Beauty Oil Premium A/I

Bagi korang yang mengalami masalah kulit sensitif dan kering, minyak ini khas untuk korang dan juga untuk semua jenis kulit. Ia membantu meningkatkan tekstur kulit dan memberikan kelembapan pada kulit kita serta meninggalkan kesan lembut dan licin pada wajah.
Kalau korang nak tahu lebih detail, klik sini.
Cara Menggunakan Cleansing Oil Dalam Masa 30 Saat
Langkah 1 : Ambil 3 atau 4 titik minyak Cleansing ke tapak tangan yang kering.
Langkah 2 : Perlahan-lahan belaikan ia pada kulit muka yang juga kering.
Langkah 3 : Basahkan muka sebanyak 4 kali.
Langkah 4 : Bilas muka dengan air sehingga bersih.
Senangkan cara pakai produk ni dan ada 6 jenis cleansing oils ni untuk korang cuba. Setakat ni, Alhamdulillah, kesan pada kulit muka Aii sangat memuaskan. Aii pakai Shu Uemura Brightening & Polishing Gentle Cleansing Oil Blac Chroma sekarang sebab nak kulit cerah sikit dan Aii boleh nampak yang kulit muka Aii dah makin cerah. Untuk toner and moisturizer, Aii pakai Shu Uemura Tsuya Skin Youthful Crystal-transparency Lotion dan Tsuya Skin Youthful Bouncy-fine Cream, yang ini memang bagus sebab sejak Aii pakai garis senyum dan garis-garis lain yang ada di muka Aii ni makin kurang kelihatan. Aii sangat syorkan korang untuk cuba mana-mana produk diatas dan korang lihat hasilnya. Benda bagus, Aii share lah. Jadi inilah produk pencuci muka kegemaran Aii sekarang setelah sekian lama tak pakai pencuci muka. Kalau korang suka atau sudah cuba, bagi LOVE atau komen di ruangan komen di bawah.
Selamat Mencuba,
Love you guys, xoxo.
Website: Shu Uemura Malaysia
Foto: Shu Uemura Malaysia
Commenti