top of page

HOT ITEM IN MIKASA BEAUTY

  • Writer: AII HABSHEE
    AII HABSHEE
  • Dec 15, 2016
  • 2 min read

Hari ni, Aii nak tunjukkan hot item dari Mikasa Beauty. Sebelum tu, Aii bagitahu korang serba sedikit tentang Mikasa Beauty ni. Mikasa Beauty ni merupakan syarikat/jenama berus make-up baru yang terletak di British Columbia. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai jenis berus make-up dengan kualiti yang sangat baik. Walaupun dikenali sebagai make-up brush company tapi mereka juga mengeluarkan peralatan dandanan rambut, produk rambut, nails polish dan produk make-up seperti lipstick, eyeliner dan sebagainya. Setakat ni, jenama Mikasa Beauty ni belum buka store lagi di Malaysia dan belum masuk pasaran Malaysia lagi tapi korang boleh beli secara online, Aii bagi link laman sesawang Mikasa Beauty di bawah. Jadi, korang boleh la tengok-tengok produk dorang,. Lagi best, Mikasa Beauty ni selalu buat SALE, sekarang dorang bagi diskaun 25% untuk semua item dan dapat percuma lemon drop sponge.

Korang dah tahu serba sedikit pasal jenama ni kan. So, kita berbalik dengan topik asal "Hot Item In Mikasa Beauty". Ini dia, Mikasa Beauty Techni Brush Set. Set ini memaparkan koleksi 4 berus profesional untuk muka dan mata. Kit lengkap ini memberikan korang kemudahan untuk mencipta semua gaya solekan. Sini Aii ceritakan lebih terperinci tentang setiap berus ni.

Dengan barisan bulu yang sempit, kira-kira 1-3mm lebar, berus ini dapat membantu korang untuk membuat garisan yang tepat pada bahagian atas dan bawah bulu mata. Ia juga boleh digunakan untuk mengukir kening dan juga garisan bibir.


2. Mikasa Techni 06 Oval (M) Brush

Kepala berus yang sederhana ini sangat sesuai untuk kegunaan pemakaian pemerah pipi, foundation, contour atau bedak asas.


3. MikasaTechni 02 Oval (S) Brush

This brush is the perfect multi-purpose tool. Berus ini digunakan untuk apply contour di muka. Boleh juga digunakan untuk apply pembayang mata di kelopak mata.

4. Mikasa Techni C2 Circle Brush

Berus bulat kecil ini sesuai untuk penggunaan di kawasan yang kecil seperti kelopak mata dan hidung.


Kesemua berus ni 100% diperbuat dari fibre sintetik. Keempat-empat berus ini sangat tahan lama dan fleksibel. Berus ni khas untuk korang yang suka bersolek dan terutama jurusolek profesional. Zaman sekarangkan, ramai yang suka make-up dan ada yang buat tutorial make-up juga di laman social. So, why not korang cuba berus jenama ni pula.


Love you guys, xoxo.



Instagram: @mikasabeauty


Foto: Mikasa Beauty





Comments


RECENT POST
JOIN MY MAILING LIST

Fashion,Beauty & Lifestyle

Aii alyahya

  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Join My Mailing List
  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Instagram @aiihabshee

ALL RIGHTS RESERVED © AII HABSHEE

bottom of page