Tips Cantik Tanpa Produk Kecantikan
- AII HABSHEE
- Dec 6, 2016
- 3 min read

Hi Cantik, apa khabar semua? Kali ni, Aii nak share sikit tips untuk jaga kulit muka kita ni tanpa menggunakan produk kecantikan. Tips yang sangat mudah, simple, dan yang paling penting menjimatkan duit poket kita. Hampir kesemua tips yang Aii bagi ni hanya menggunakan sumber tumbuh-tumbuhan, telur dan herba yang mudah untuk korang dapatkan. So, senanglah untuk korang amalkan.
1. Kedutan

Mungkin masalah kedutan ni jarang berlaku pada meraka yang yang berusia dalam lingkungan 20-an tetapi masalah ini akan terjadi bila korang meningkat usia 30-an keatas. Tidak salah kalau mencuba tips ini dari sekarang, manalah tahu umur 40 pun masih awet muda. Ada dua cara untuk korang mengatasi masalah kedutan ini. Cuba tau!
Cara 1:
- Campurkan parutan lobak merah.
- 2 sudud tepung jagung,
- 1 biji kuning telur
Sapukan pada wajah selama 40 minit dan bilas.
Cara 2:
- Minum air parutan kunyit. Amalkan selama sebulan dan korang akan lihat hasilnya.
2. Kulit Berminyak

Boleh dikatakan agak ramai orang mengalami masalah kulit muka berminyak. Kalau masuk je waktu tengahari atau petang, mesti berminyak muka. Lepas tu, sibuk cari tisu dan pakai bedak lagi untuk cover kulit muka yang berminyak tu. Apa kata korang cuba tips ni pula, mana tahu boleh mengatasi masalah korang.
Cara:
- Ambil pisang yang sudah matang dan haluskan dengan cara ditumbuk atau dikisar dengan mesin pengisar. Kemudian dilekapkan pada wajah secara rata sehingga dibahagian leher.
- Biarkan selama 15-20 minit dan dibilas dengan air suam terlebih dahulu. Kemudian dibilas dengan air yang sedikit sejuk.
Tips:
- Cuci muka 2 kali sehari.
- Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
- Basuh muka dengan air suam beserta garam.
- Jadikan putih telur sebagai masker
3. Jerawat

Banyak faktor kenapa jerawat ni boleh tumbuh dekat muka korang, antaranya perubahan hormon, tekanan (stress), pemakanan, resdung dan sebagainya tapi korang tahu ke cara mudah untuk mengatasi masalah jerawat ni. Sini Aii bagitahu cara mudah dan ringkas untuk korang amalkan.
Cara 1:
- Sapukan:
+ Ubat gigi, atau
+Perahan Jus Lemon, atau
+ Daun lidah buaya/Aloe vera
pada wajah sekurang-kurangnya 20 minit atau semalaman, kemudian bilas.
Cara 2:
- Sediakan buah betik yang sudah dipotong dan dibersihkan.
- Kisar buah betik sehingga menjadi halus dan tambahkan satu sudu madu atau lemon.
- Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian dibilas dengan air suam.
4. Jeragat

Ini antara masalah yang jarang Aii nampak di Malaysia tapi kalau di overseas, ramai orang yang mengalami masalah ini dan boleh dikatakan, itu faktor keturunan. Antara faktor lain adalah pengunaan kosmetik, rawatan kulit muka yang tidak sesuai dan pengambilan ubat hormon terutama ubat perancang.
Cara 1:
- Gunakan putih telur.
- Rendam tisu dalam putih telur dan lekapkan pada wajah korang sehingga tisu menjadi kering.
- Remove tisu tersebut dan bilas wajah korang sehingga bersih.
Cara 2:
- 2 sudu yogurt.
- 1 sudu jus lemon.
- 1 sudu madu.
- 4 sudu serbuk oat
Bancuh bahan diatas dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan cuci muka dengan air bersih.
5. Sembab

Tips untuk masalah sembab ni mesti korang dah selalu cubakan. Tapi Aii rasa tips yang paling penting untuk korang dalam masalah ini adalah beristirehat sebab rehat dan tidur yang cukup, dapat mengatasi pelbagai masalah.
Cara:
- Hiriskan tomato atau timun dan letakkan dibahagian mata. Rehatkan selama 30 minit. Ia akan memberikan kesegaran pada mata korang.
Tips:
-Amalkan penggunaa Eye Cream pada waktu pagi, petang dan malam.
6. Kesan Parut

Tips terakhir ni, Aii pernah cuba masa Aii berumur 15 tahun. Masa sekolah menengah, jerawat naik agak hebat dan ia meninggalkan kesan pada kulit muka Aii. Kawan Aii yang bagi tips ni, Alhamdulillah, ianya menjadi. Sekarang, kulit muka Aii memang licin tanpa jerawat mahupun kesan parut jerawat.
Cara:
-Basahkan sebatang kulit kayu manis dan asahkan pada batu lesung yang juga basah.
- Ambil hasil asahan ( air yang berwarna coklat) dan sapukan pada kesan parut.
- Biarkan selama 15-30 minit dan bilas sehingga bersih.
+ Jangan biarkan terlalu lama dan jangan lakukan setiap hari kerana ia agak panas. 2 atau 3 kali seminggu sudah memadai
Aii juga mengamalkan sendiri beberapa tips di atas. Jadi, tidak salah jika Aii berkongsi dengan korang. Bagi pendapat Aii, tips yang diberi sangat senang dan bahan yang diperlukan juga sememangnya ada di dapur korang. Cuba dan Insha Allah, ia memberi kesan pada raut wajah korang. Jika korang ada tips, cadangan atau sebarang pertanyaan, korang boleh komen diruang bawah atau terus contact Aii k.
SELAMAT MENCUBA.
Love you guys, xoxo
Foto: Sumber Google
Comments