top of page

FENDI EYEWEAR COLLECTION SPRING/SUMMER 2017

  • Writer: AII HABSHEE
    AII HABSHEE
  • Dec 13, 2016
  • 1 min read

Koleksi kaca mata FENDI Spring/Summer 2017 kali ini mengetengahkan keanggunan Maison Rom dengan reka bentuk grafik kontemporari dan kombinasi warna yang sangat menarik. Pelbagai reka bentuk yang ditampilkan untuk koleksi ni, sangat unik dan menarik perhatian. First, kaca mata hitam yang dihiasi dengan perincian segitiga 3D rainbow bersama ikonik Fendi disisi. Manakala wave sunglasses dan kaca mata hitam berbingkai bulat pula menampilkan cermin bergelombang hipnosis dan jalur grafik, yang menyatukan sentuhan moden melalui kombinasi warna yang berani. Seterusnya, Eyeshine sunglasses baru yang tampil dengan seni geometri kontemporari yang mencerminkan bentuk keanggunan tertinggi seekor rama-rama. Mari kita lihat kesemua rekaan kaca mata dalam koleksi musim luruh ini!





Setiap reka bentuk yang dihasilkan dianggap sebagai karya seni, meraikan kisah craftmanship yang unik dan kreativiti yang berani dalam meneruskan keseimbangan antara tradisi dan inovasi. Itulah Maison Rom yang diangkat sebagai inspirasi untuk koleksi kaca mata FENDI Spring/Summer 2017. Aii sangat tertarik dengan keunikan reka bentuk dan mainan warna yang ditampilkan, item yang mesti dimiliki bila melangkah ke tahun baru. Tahun baru, stail juga mestilah baru bukan? Yang mana satu korang suka? Kalau korang suka dengan koleksi ni, jangan lupa komen di ruang komen di bawah atau tekan button LOVE di bawah.


New Year, New Style.

Love you guys, xoxo.

Foto : Safilo Group

Grafik : Rohaizul Kamis

Comments


RECENT POST
JOIN MY MAILING LIST

Fashion,Beauty & Lifestyle

Aii alyahya

  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Join My Mailing List
  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Instagram @aiihabshee

ALL RIGHTS RESERVED © AII HABSHEE

bottom of page