top of page

FASHION SHOW: JOVIAN MANDAGIE FOR ZALORA 2016 PRESENTED BY LUX

  • Writer: AII HABSHEE
    AII HABSHEE
  • May 14, 2016
  • 2 min read

Baru-baru ini, destinasi fesyen atas talian terkemuka di Asia Pasifik, ZALORA bersama pereka fesyen, Jovian Mandagie memperkenalkan koleksi Raya ekslusif ketika fashion show yang diadakan di Glasshouse, Seputeh. Koleksi Jovian Mandagie for ZALORA ini dibawakan khas oleh Lux. Persembahan ini menyampaikan 40 jenis baju kurung moden yang berinspirasikan dari ruang dan stail klasik salah satu dari kerabat diraja yang paling ikonik pada abad ini, Grace Kelly. Ia diambil sebagai tema untuk koleksi Raya 2016 dan diserlahkan lagi dengan wangian ekslusif dan haruman berkekalan Lux Magical Spell. Buat pertama kalinya, Koleksi Raya ZALORA 2016 diserlahkan dengan Lux Magical Spell yang menampahkan lagi keanggunan koleksi terbaru ini

Jovian Mandagie bersama Pengarah Pemasaran Unilever, Vincent Chong dan Guilio Xiloyannis, Pengarah Urusan ZALORA Malaysia.

"Grace Kelly menarik perhatian saya sebagai tema tahun ini dan koleksi yang terhasil dari kerjasama ini adalah tentang kecantikan, kewanitaan dan ciri lain dari kehidupan ikon fesyen kegemaran yang masih dikenang sehingga ke hari ini: setiap reka bentuk yang dibuat adalah disediakan untuk semua wanita di luar sana tidak kira umur." kata Jovian Mandagie. Dia juga menjelaskan, "Saya sentiasa mendapat ilham oleh wanita cantik dan dengan konsep tahun ini, ia mempesonakan saya untuk memberikan setiap wanita perasaan Grace Kelly.

"Kami gembira untuk melancarkan Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016 dan tahun ini merupakan tahun ke-4 kite bekerjasama dengan Jovian. ZALORA sentiasa berusaha untuk membawa fesyen Raya yang terkini dan terbaik kepada pintu setiap penghuni Malaysia dan Jovian telah berjaya memenuhi hasrat ini." kata Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan ZALORA Malaysia. Pengarah Pemasaran Unilever, Vincent Chong pula berkata, "Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA. Lux mahukan semua wanita untuk tampil yakin dan berasa cantik dan menawan walau di mana sahaja mereka berada.Koleksi Raya yang bergaya dan elegan ini ditambah dengan haruman Lux Magical Spell menyerlahkan nada glamor dan keyakinan - satu perasaan yang dirasakan semua wanita dengan setiap mandian. Gabungan ini menjadikan koleksi Raya sebagai inspirasi dan menjiwai lambang wanita Lux – menyerlah, elegan dan yakin. Kini, setiap wanita boleh memiliki koleksi Raya ekslusif Jovian Mandagie dengan haruman berkekalan dan menyerlahkan keyakinan kaum wanita, menjadikan mereka berasa cantik dan menawan walau di mana sahaja mereka berada.


Sekitar acara fesyen yang diadakan di Glasshouse, Seputeh,

Comentarios


RECENT POST
JOIN MY MAILING LIST

Fashion,Beauty & Lifestyle

Aii alyahya

  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Join My Mailing List
  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Instagram @aiihabshee

ALL RIGHTS RESERVED © AII HABSHEE

bottom of page